Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2027

Manual Graduan

Manual ini menerangkan cara menggunakan sistem pendaftaran Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2027 — dari log masuk hingga mendapatkan surat jemputan. Gambar dalam manual ini ialah contoh paparan menggunakan data rekaan; tarikh dan nama sebenar ikut paparan anda.

1. Laman Utama & Jadual Kumpulan

Buka laman utama sistem. Bahagian Jadual Semakan & Tarikh Bayaran menyenaraikan kumpulan graduan mengikut institusi (TVETMARA / KPM) dan sesi tamat pengajian anda.

  1. Cari baris yang sepadan dengan institusi dan sesi tamat pengajian anda untuk mengetahui kumpulan anda.
  2. Semak lencana kumpulan:
    • DIBUKA — anda boleh log masuk sekarang.
    • BELUM DIBUKA — tunggu tarikh mula kumpulan anda.
    • DITUTUP — tempoh kumpulan telah tamat.
  3. Lajur Tarikh Bayaran menunjukkan tempoh anda perlu mengesahkan kehadiran dan membuat bayaran.
Laman utama — jadual kumpulan dan borang log masuk
Laman utama — jadual kumpulan dan borang log masuk
Paparan laman utama di telefon bimbit
Paparan laman utama di telefon bimbit

2. Log Masuk

  1. Pada kotak Log Masuk Graduan, taip No. MyKad anda (12 digit). Tanda sengkang (-) dimasukkan secara automatik.
  2. Klik LOG MASUK SEKARANG.
  3. Jika berjaya, anda akan dibawa ke Dashboard graduan.

Mesej yang mungkin dipaparkan

  • "Maaf, No. MyKad tiada dalam rekod pendaftaran." — semak semula nombor yang ditaip. Jika betul, hubungi Unit HEP pusat pengajian anda.
  • Kumpulan belum dibuka — kumpulan anda belum dibuka; log masuk semula pada tarikh yang dinyatakan.
  • Sistem Ditutup Sementara — ikut tarikh dibuka semula yang dipaparkan.
Contoh mesej apabila No. MyKad tiada dalam rekod
Contoh mesej apabila No. MyKad tiada dalam rekod

3. Dashboard & Maklumat Peribadi

Dashboard memaparkan status kuota sidang, gambar graduasi, status pembayaran dan maklumat peribadi anda. Butang Manual Pengguna di bahagian atas membuka manual ini.

Dashboard graduan
Dashboard graduan

Kemas kini maklumat untuk dihubungi

  1. Medan berwarna kelabu (No. MyKad, Nama, Pusat, Sidang) tidak boleh diubah. Jika salah, hubungi Unit HEP pusat anda.
  2. Semak dan kemas kini No. Telefon 1 (format 01X-XXXXXXX), Alamat Emel dan Alamat Surat Menyurat termasuk Poskod, Daerah dan Negeri. Medan bertanda * wajib diisi.
  3. Pastikan alamat emel betul — resit bayaran dan surat jemputan dihantar ke emel ini.
Kad Maklumat Peribadi
Kad Maklumat Peribadi
Dashboard di telefon bimbit
Dashboard di telefon bimbit

4. Pengesahan Kehadiran

Kad Pengesahan Kehadiran bertanya sama ada anda akan hadir ke majlis konvokesyen.

Pilihan kehadiran
Pilihan kehadiran
  1. Pilih YA, Saya Hadir atau TIDAK Hadir.
  2. Klik butang SIMPAN MAKLUMAT di bawah:
    • Jika memilih Hadir — anda dibawa ke halaman Pilihan Pembayaran (rujuk bab Pembayaran).
    • Jika memilih Tidak Hadir — anda dibawa ke bayaran Yuran Transkrip.
  3. Jika anda telah memilih Hadir tetapi belum membayar, butang di bawah dipaparkan sebagai SIMPAN & TERUSKAN KE PEMBAYARAN — klik untuk menyambung bayaran.
Perhatian:
  • Kehadiran hanya disahkan secara rasmi selepas bayaran selesai.
  • Setiap sidang ada kuota. Jika kuota sidang anda PENUH, butang Hadir tidak boleh dipilih.
  • Pengesahan kehadiran ditutup selepas tarikh akhir kumpulan anda.
  • Selepas bayaran penuh dibuat, status kehadiran tidak boleh diubah sendiri — hubungi urus setia.

5. Pembayaran

Bayaran dibuat secara dalam talian melalui gerbang pembayaran MARA-EPS (FPX / perbankan internet). Kad Status Graduan & Pembayaran di dashboard menunjukkan rekod bayaran dan baki anda.

Kad Status Graduan & Pembayaran
Kad Status Graduan & Pembayaran

Graduan yang hadir — Yuran Konvokesyen RM360

  1. Selepas memilih Hadir, halaman Pilihan Pembayaran dipaparkan.
  2. Pilih Bayar Penuh (RM360), atau Bayar Ansuran (RM200) jika dibuka — baki RM160 dibayar kemudian. Ansuran hanya untuk graduan yang belum membuat sebarang bayaran.
  3. Semak Ringkasan Akaun dan klik Bayar Sekarang. Anda akan dibawa ke laman MARA-EPS untuk memilih bank.
Pilihan Pembayaran — penuh atau ansuran
Pilihan Pembayaran — penuh atau ansuran
Bayaran Penuh / Baki
Bayaran Penuh / Baki
Bayaran Ansuran Pertama
Bayaran Ansuran Pertama

Graduan yang tidak hadir — Yuran Transkrip RM70

Yuran ini ialah kos pengeposan transkrip dan skrol. Klik Bayar Sekarang di halaman Yuran Transkrip Graduasi.

Bayaran Yuran Transkrip
Bayaran Yuran Transkrip

Selepas membuat bayaran

Anda akan dikembalikan ke sistem dengan salah satu keputusan berikut:

  • Pembayaran Berjaya! — resit dihantar ke emel anda.
  • Bayaran Ini Telah Dijelaskan Sebelum Ini — bayaran sudah direkodkan; tiada tindakan lanjut.
  • Pembayaran Sedang Disahkan — tunggu; status biasanya dikemas kini secara automatik.
  • Pembayaran Gagal / Dibatalkan — tiada caj dibuat; cuba semula.

Resit boleh dimuat turun semula melalui butang Resit pada kad Status Pembayaran.

6. Muat Naik Gambar

Gambar graduasi hanya boleh dimuat naik dalam tempoh yang ditetapkan urus setia dan selepas bayaran penuh. Makluman tempoh dipaparkan di dashboard.

  1. Klik Muat Naik Gambar pada kad Gambar Graduasi.
  2. Pilih fail gambar (JPG/PNG, saiz maksimum 2MB).
  3. Laraskan kotak potongan pada tetingkap Sunting Gambar dan simpan.

Ikut arahan pakaian dan latar gambar yang diberikan oleh pusat pengajian anda. Di luar tempoh, kad akan memaparkan "akan dibuka pada …" atau "Tempoh muat naik gambar telah tamat".

Kad Gambar Graduasi — butang Muat Naik Gambar
Kad Gambar Graduasi — butang Muat Naik Gambar

7. Surat Jemputan

Selepas bayaran penuh, dashboard memaparkan butang Muat Turun Surat Tawaran dan KEMASKINI MAKLUMAT (untuk mengemas kini maklumat hubungan sahaja).

Dashboard selepas bayaran penuh
Dashboard selepas bayaran penuh
  1. Klik Muat Turun Surat Tawaran.
  2. Semak maklumat sidang, tarikh dan lokasi majlis dalam surat.
  3. Klik Cetak Surat untuk mencetak, atau Hantar ke Emel untuk menerima salinan melalui emel.
Surat jemputan majlis konvokesyen
Surat jemputan majlis konvokesyen

8. Soalan Lazim

Wang telah ditolak tetapi status belum berubah.

Jangan bayar semula. Status biasanya dikemas kini secara automatik. Jika masih belum berubah selepas 24 jam, hubungi Unit HEP pusat anda bersama bukti pembayaran.

Saya tersalah pilih kehadiran selepas membuat bayaran.

Status tidak boleh diubah sendiri selepas bayaran penuh. Hubungi urus setia melalui Unit HEP pusat anda.

Saya tidak menerima emel resit.

Semak folder Spam/Junk. Resit juga boleh dimuat turun dari kad Status Pembayaran di dashboard.

Maklumat nama, No. MyKad atau program saya salah.

Maklumat ini tidak boleh diubah oleh graduan. Hubungi Unit HEP pusat pengajian anda.

Bagaimana log keluar?

Klik nama anda di penjuru kanan atas, kemudian Log Keluar.